Pada mulanya, aku hanya berkawan dengan Dia pada akhir2 tahun lepas melalui Facebook. Aku pada masa itu memang tak kenal die langsung pada masa itu tapi semuanya berubah pada tahun ini apabila kami disatukan di dalam kelas yang sama. Aku memang tak sangka nasib aku dapat berjumpa dengan Dia selepas ada satu kejadian yang membuat aku tak rapat dengan die.
Kami pun mula berkawan dan makin lama makin rapat sehingga aku sedar yang aku menyukai Dia tapi semua tu berubah apabila die menjadi semakin jauh dengan aku tanpa sebab yang munasabah. Adakah niat aku telah disedari oleh Dia? Adakah Dia tidak menerima perasaan aku ini?
Selepas itu, aku telah terjumpa blog Dia dan dari situ aku dapat tahu Dia punya taste dan aku cuma tak fit beberapa taste die tapi aku tahu yang nama Crush die bermula dengan A iaitu huruf permulaan nama aku tapi aku tetap tak sangka yang Dia itu menyukai aku dan Dia nampak lebih mesra dengan orang lain berbanding aku. Cume Allah sahaja yang tahu sekarang.
No comments:
Post a Comment